Friday, May 18, 2018

Background of Dean Nis Collection

Perniagaan Butik Dean Nis ini dimiliki dan dibangunkan oleh seorang usahawan wanita iaitu Puan Salmah. Butik Dean Nis ini menjalankan operasi pernigaannya di Kedah serta mempunyai beberapa cawangan. Antara cawangan Butik Dean Nis ini adalah terletak di, Aman Sentral, Alor Setar Kedah. Selain itu, perniagaan ini bukan sahaja turut membuka cawangan mereka di pusat membeli –belah Giant di Kangar, malah juga menapak di sebuah universiti iaitu di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia. Perniagaan Butik Dean Nis ini menjual pelbagai pilihan tudung yang mengikut trend semasa untuk memenuhi kehendak para pelanggannya. Tambahan pula, Butik Dean Nis ini juga menjual shawl yang menjadi pilihan kebanyakan wanita. Terdapat pelbagai jenis tudung dan shawl yang ditawarkan berserta dengan pelbagai pilihan warna untuk para pelanggan mereka. Pernigaan ini juga mempunyai akaun media sosial seperti facebook dan instagram serta giat menjalankan aktiviti promosidengan menggunkan medium sosial tersebut. Melalui hebahan tersebut, para pelanggan boleh terus menghubungi agen bagi membuat pembelian secara online dan borong.  



No comments:

Post a Comment

how to creat a blog

Cara menubuhkan blog perniagaan 1)  Blog perniagaan boleh ditubuhkan dengan menggunakan pelbagai platfom di internet seperti di Blogger.c...